Tuesday, August 4, 2009

SEGMEN JEJAK JUARA RAPID 2009 - PART 1


Kali ini CBS akan cuba menjejak juara kejohanan catur RAPID sepanjang tahun 2009 dari blog-blog lain. CBS sebenarnya sudah lama terfikir untuk mengadakan satu kejohanan tahunan di kalangan Juara-juara Kejohanan Rapid Kebangsaan sepanjang tahun. Ini adalah perlu bagi memastikan semangat pencinta dan kesungguhan pemain catur berusaha untuk mencapai juara bagi sesuatu kejohanan yang diceburi. Mungkin juga kejohanan tahunan yang mengumpulkan Juara-juara dari sirkit kejohanan rapid kebangsaan boleh dijadikan FIDE rated tournament supaya lahir lebih banyak pemain-pemain rated di Malaysia.

Pengumpulan Juara-juara dalam suatu kejohanan besar tahunan sudah tentu dapat menarik minat pencatur tanah air. Insya Allah kalau CBS berpeluang, CBS mahu taja sedikit, tetapi CBS tidak mahu menjanjikan apa-apa buat masa sekarang.

Untuk entry hari ini, saya masukkan dahulu Dua Juara pada kejohanan baru-baru ini, iaitu Norazmi Mohd Nor (gambar atas sumber dari Gilocatur) (Juara Temerloh Open 2009-1 dan 2 Ogos 2009) dan Bakri Jusoh (gambar bawah sumber dari Badbishops) (Juara Mara Closed 2009-1 Ogos 2009).


Jika kita kumpulkan juara-juara ini, sudah tentu satu kejohanan menarik akan dapat kita saksikan.. Ini hanyalah impian CBS akan datang, insyaAllah CBS akan cuba bantu mana yang perlu demi melihat perkembangan catur tanahair di Malaysia.

Bersambung dengan jejak juara seterusnya....





NOTA : Juara-juara yang dijejak berkemungkinan telah menjuarai beberapa kejohanan, tetapi CBS hanya akan paparkan satu kejohanan sahaja kerana juara tetap juara.


JIKA JUARA YANG SAYA PAPARKAN ADALAH TERSILAP, HARAP BETULKAN SAYA.


No comments:

Post a Comment