Thursday, October 8, 2009

Penyakit tunda kejohanan semakin manjadi2..

Penyakit tunda kejohanan semakin menjadi-jadi...Ini merupakan kali ketiga 2nd IIUM Chess Invitational Tournament 2009 ditunda...Penundaan ini menunjukkan betapa pihak penganjur tidak prihatin dengan kalendar pemain-pemain...TIGA kali tunda...

Jadi, buat penganjur, sudah-sudahlah menunda kejohanan seperti ini, kerana ia melibatkan wang, persiapan, kalendar pemain-pemain. Para pemain bukannya kerja main chess ajer seperti sesetengah yang dapat banyak beribu2 dengan bergiat dengan chess sahaja.

Bila pemain, blogger melenting mula lah nak salahkan pemain pulak, salahkan takdir pulak..lainlah kalau dekat tournament tu ada gempa bumi atau bencana yang tak dapat dielakkan...

CBS dah biasa sangat dengan penundaan ni...pikirlah sendiri sapa perintisnya...

Tuesday, September 15, 2009

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA


Di kesempatan ini CBS ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung blog CBS. Mohon Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada menyinggung perasaan sesetangah pihak. CBS adalah seperti blogger-blogger lain yang ingin memeriahkan persada catur tanahair.

Kepada yang menuduh CBS memfitnah, mengutuk dan sebagainya, CBS tidak boleh kata apa2 lagi kerana sebagai blogger yang matang, seharusnya tidak timbul soal-soal sebegini. CBS juga harus mempertahankan hak CBS apabila dituduh sebegitu. Perlu diingat, jangan cemarkan dunia catur kita dengan benda-benda remeh temeh sebegini.

Akhir kata..doakan semuanya berjalan lancar dan keselamatan jalan raya harus diutamakan apabila balik kampung.

Petang ini CBS akan mula bertolak balik kampung dan anda semua juga berhati-hatilah dijalanraya.


MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Sunday, September 13, 2009

Sajak Catur : Pelik Bin Ajaib...

Pelik Bin Ajaib
Mengapa ada penggiat catur seperti dia
Suka banned blog orang lain

Lagi Pelik Bin Ajaib
Yang dia duduk banned blog orang tu
Sapa lah pulak yang tergila-gila nak masuk dalam senarai blog list dia
Malah, takde sapa pun yang suruh dia masukkan blog catur dekat list dia
Aik pandai-pandai pulak yer syok sendiri nak banned orang
Tapi yang hairannya meminta-minta orang lain yang ingin memasukkan blog mereka hubunginya
Dan..letak pulak syarat suruh selalu update
Aikk..sedap jer..macam la besar sangat pangkat dia
Macamlah dia yang kontrol blog chess di Malaysia
Sungguh pelik

Pelik Bin Ajaib
Katanya ada yang mengutuk dia
Sapa pulak yang mengutuk dia
Kenapa terasa begitu sekali
Kalaupun orang mengutuk, kenapa melenting kalau tak benar

Lagi Pelik Bin Ajaib
Orang takkan kritik atau kutuk kalau takde sebab
Yang peliknya dia pulak sibuk-sibuk sakit hati
Benarlah kata pepatah 'siapa makan cili dia terasa pedasnya'

Pelik Bin Ajaib
Kenapa 5 blog saje yang kena banned
Kenapa tak 10, 20, dan semua
Atau blog Top 7, Top 20 dan sebagainya
Takut pada bayang-bayang sendiri?

Lagi Pelik Bin Ajaib
Kekuatan sebuah blog bukanlah terletak pada tangan dia
Bukanlah disebabkan berada pada linknya
Lagipun semua blog dalam listnya tak pernah nak minta ada pada listnya
Semua blog catur lain juga bebas letak blog list dalam blog masing-masing
Blogspot pun dah siap templete blog list

Pelik Bin Ajaib
Siapa lah dia itu
Kalau sekadar sibuk dengki mendengki dengan kejayaan orang lain
Walau duit banyak sekalipun diwarwarkan
Takkan dapat membeli hati blogger-blogger lain
Dan sedar tak sedar
Macam lah blog-blog catur di Malaysia ni naik sebab berada pada linknya
Ada ke orang bukan linknya dulu sebelum masuk ke blog2 yang dah ada nama
Berapa sangat sumbangan linknya itu
Itulah sikap perasan bagus padahal bukan bagus sangat

Lagi Pelik Bin Ajaib
Lu pikir lah sendiri....


Nukilan
:
Catur Bukan Segalanya.

Sunday, August 30, 2009

TAHNIAH KEPADA PEMENANG DATMO 2009


CBS ingin mengucapkan tahmiah kepada pemenang DATMO 2009, GM Negi Parimarjan (gambar atas: diambil dari chessbase.com) dan Samson Lim Jr bagi kategori Ambank Challenge.

CBS difahamkan juga (dari unofficial statement from some chess blog) bahawa Mok Tze Meng bakal menjadi pemain bertaraf IM. Tidak kurang hebatnya peserta Malaysis lain yang berani bertempur dalam kategori yang kuat bersama-sama kalangan GM.

Untuk Jax Tham dan Nor Ilhamudin, tahniah juga kerana menempatkan nama dalam kelompok terbaik Ambank Challenge.

Pada yang sudah meramal jadi pemenang atau juara, tapi tak berjaya, boleh cuba lagi tahun depan sampai juara...jangan jadikan H1N1 sebagai alasan kegagalan kali ini....

Friday, August 21, 2009

Salam ramadhan untuk pengunjung blog CBS..

wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian…adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai…
sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu…
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil…
menangisi kecurangan janji

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih…berqiamullail…bertahajjud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih

“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi…aku juga
tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

oleh itu duhai Ilahi…
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Wednesday, August 19, 2009

KL'09: Malaysia raih empat emas dari catur hari ini


Nurfeiqah (gambar dari utusan malaysia)

Petikan dari mstar online

KUALA LUMPUR: Skuad catur paralimpik negara berjaya memenangi empat pingat emas pada acara catur Sukan Para Asean kelima (KL'09) yang berlangsung di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, di sini hari ini.

Pemain harapan Nur Feiqah Maulud Mohd Halil menepati ramalan apabila berjaya mengulangi kejayaan di Korat, Thailand pada 2008 selepas memenangi dua pingat emas bagi kategori individu wanita B2/B3 (rabun) dan kumpulan wanita B2/B3 bersama Norain Fatihah Mohd Yusoff dan Athirah Azman.

Beliau berjaya memperolehi pingat emas bagi acara individu wanita B2/B3 selepas memenangi lima daripada enam pusingan perlawanan tersebut.

Nur Feiqah berkata beliau akan terus berusaha meningkatkan kemahiran dan penguasaan catur dari semasa ke semasa agar terus kekal sebagai juara peringkat Asean.

"Kalau boleh selepas ini saya ingin lebih mendalami ilmu sukan catur menerusi pembacaan agar tidak ketinggalan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Nur Feiqah berkata walaupun berjaya mencapai sasaran, perjuangannya untuk memburu pingat emas bagi acara berikutnya masih belum selesai.

"Sasaran individu saya adalah untuk memperolehi dua lagi pingat emas bagi kategori individu terbuka wanita (B1,B2,B3) dan kumpulan terbuka wanita (B1,B2,B3) yang akan bermula esok," katanya.

Ketua jurulatih skuad catur paralimpik negara Abdul Latif Mohammad berkata dengan kejayaan hari ini, misi skuad catur paralimpik negara untuk memburu enam pingat emas kini semakin menghampiri sasaran.

Sementara itu pingat emas ketiga bagi Malaysia disumbang oleh atlet veteran Choo Min Wang, 69, bagi kategori individu lelaki B2/B3.

Satu lagi pingat emas Malaysia dikutip menerusi acara berpasukan wanita kategori PH (kecacatan fizikal) yang dibarisi oleh Intan Juliana Jamal Abidin, Aqilah Syahira Ahmad dan Tham Siew Foong. BERNAMA

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA SEMUA...ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA..TAHNIAH JUGA KEPADA JURULATIH-JURULATIH YANG BERTUNGKUS LUMUS MEMASTIKAN KEJAYAAN LEBIH BAIK TAHUN INI...

cbs dapat bayangkan kalaulah seorang jurulatih tu terlibat kali ini sudah tentu terpampang di shoutbox-shoutbox blog catur tanahair tentang kehebatannya menjadi jurulatih..padahal pemain pun penat jugak main..mungkin salah satu sebab beliau tidak tersenarai lagi sebagai jurulatih kali ini.

Why chewing gum ban in Singapore

Ini sumber dari wikipedia

The chewing gum ban in Singapore was enacted in 1992 and revised in 2004. It bans the import and sale of chewing gum in Singapore. Since 2004, only chewing gum of therapeutic value is allowed into Singapore following the United States-Singapore Free Trade Agreement (USS-FTA). However, since 2008, gum is legalized completely.

This law was created because people disposed of gum incorrectly by sticking them under places like chairs or tables. Incorrect disposal of gum led to this law banning gum. Chewing gum is banned in Singapore under the "Regulation of Imports and Exports (Chewing Gum) Regulations." Except for chewing gum of therapeutic value, the "importing" of chewing gum into Singapore is absolutely banned, as in bringing it in large amounts. The import of flapjack is allowed, provided it is not overly chewy.

A common misconception among citizens is that personal use of chewing gum is allowed into Singapore. However, according to the set of Regulations, "importing" means to "bring or cause to be brought into Singapore by land, water or air from any place which is outside Singapore ..." any goods, even if they are not for purposes of trade. The set of Regulations also does not make any provisions for personal use of quantities to be brought into Singapore. Therefore, bringing chewing gum into Singapore, even small quantities for whatever purpose, is technically prohibited.

DAN INI PULA SUMBER2 YANG BELUM TENTU KESAHIHANNYA...penulis hanya dapat dari forwarded email..

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand , dia makan malam dengan raja Siam .

Mula-mula diorang makan udang.
PM Singapore : lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang?
Raja Siam : kami tak buat apa.kami buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand

Lepas tu diorang makan limau plak.
PM Singapore : Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?
Raja Siam : kami tak buat apa,kami buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore , kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand

Last sekali, diorang makan chewing gum,
PM Singapore : Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?
Raja Siam : Kami tak buat apa, kami! buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore , lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand
Raja Siam : apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?
PM Singapore : kami tak buat apa, kami buang aje.
Raja Siam : ooo kat Thailand , lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore .

Wallahualam. Sekadar hiburan ajer....


Tuesday, August 18, 2009

Penganjuran kejohanan catur ketika H1N1: Wajarkah?

Dakwaan seorang penggiat catur di Malaysia baru-baru ini sebenarnya lebih mencerminkan ketidak profesional bagi seorang pemain catur.

Di saat penularan H1N1 yang semakin membimbangkan, langkah sesetengah penganjur membatalkan kejohanan di saat-saat akhir boleh dikatakan langkah terbaik seperti di dungun terengganu sebelum ini. TETAPI, janganlah pula mengenakan dakwaan seperti berikut, di mana penganjur hanya nak cari income, atau nak menunjuk kepada semua orang mereka mampu anjur kejohanan catur. jika kejohanan diteruskan. Itu sudah tidak profesional. Kalau beliau peka, masakan sanggup turun ke hujung pantai timur dan meneruskan juga aktiiviti untuk duit poket beliau (bak kata pepatah, seperti meludah ke langit jatuh pelepap ke muka sendiri).Malah meneruskan kejohanan lebih bermaruah dari menyusahkan hidup player2 yang dah lama bersedia. Soal suka buat kejohanan tidak timbul disini kerana acara tahunan yang dirancang selalunya sudah lama bersedia.

Perlu diingat, seperti kejohanan Malaysian Master, Merdeka Tournament yang menjadi acara tahunan dan boleh juga menjana pendapatan negara, pembatalan tidak seharusnya di buat, tetapi diteruskan dengan beberapa langkah pencegahan seperti pakai topeng (kalau boleh pihak penganjur menyediakan topeng untuk setiap pemain seperti di Kuantan baru-baru ini), tidak bersalam (jika meragukan sebelum permainan) dan paling penting kepada TOP-TOP player yang merasakan boleh mendapat tempat TOP 7, TOP 10 dan sebagainya walaupun pada kejohanan-kejohanan kecil (kejohanan besar selalunya TOP 50), janganlah sibuk2 nak kejar kemenangan kalau ada simpton2 H1N1 demi kebaikan pemain lain. Begitu juga pemain2 lain yang merasakan diri mereka tidak sihat,tak payah datang. So yang nak main, dipersilakan, yang tak nak main jangan buat tuduhan tak berasas atau merendahkan orang lain..(rujuk artikel virus S0M8oNG sebelum ini)

Jadi CBS ingin menegaskan, kalau dah lama merancang, penganjuran masih perlu diteruskan dan langkah2 pencegahan perlu diambil berat tetapi pembatalan mungkin merugikan pemain2 luar yang sudah semestinya sudah membeli tiket perjalanan untuk ke Malaysia dan kos tiket mereka terlalu tinggi.

Mungkin juga penggiat catur yang mendakwa kenyataan di atas, sudah terbiasa atau menjadi amalan beliau membatalkan, menunda dan sebagainya tanpa memikirkan kesusahan orang lain (amalan ini bukan pun disebabkan H1N1, tetapi dah jadi koleksi hobinya). Dan akhir-akhir ini banyak aktiviti beliau tidak mendapat sambutan mungkin disebabkan H1N1 (ada alasan kukuh walaupun tidak dapat ditentukan punca sebenar). Yang merancang nak buat kejohanan, bolehlah memikirkan, tetapi yang dah rancang harap teruskan, lagipun dengan langkah2 pencegahan, moga-moga semua berjalan lancar. Ingat, bukan di dewan pertandingan catur sahaja berisiko malah di mana-mana...di shopping kompleks, di sekolah, di tempat kerja dan sbgnya, jadi tak perlu buat alasan.

Wallahualam.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.

Saturday, August 15, 2009

JEJAK JUARA 4 : PEMAIN BERTARAF IM, FM, NM JUGA TIDAK KETINGGALAN

Untuk siri jejak juara 4 ini, memandangkan CBS mempunyai sedikit masa, hampir lebih 10 orang juara dapat dijejak. CBS ingin mengambil kesempatan bagi kredit kepada blog-blog catur berikut kerana menjadi sumber utama CBS dalam menjejak juara rapid 2009. Blog-blog tersebut adalah blog Catur Terengganu, Capman, SyedChess, Badbishops dan semestinya blog otai catur tanahair Gilachess. Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah diambil daripada blog-blog yang disenaraikan tersebut.


Senarai juara-juara yang berjaya CBS jejak adalah:

1) Sulaiman Johari (1st Silent Knight Open)
2) IM Mas Hafizul Helmi (SMACH Open)
3) NM Evan Timothy (Gula Perlis)
4) Tan Khai Boon (Perlis Open)
5) Zarul Syafiq Zulkafli (CNY Open)
6) Ooi Li Tao (Kedah Open)
7) Amri Ibni Hajar (Rapid Kedah/Perlis)
8) NM Ronnie Lim Chuin Hoong (CLHS Open)
9) FM Nicholas Chan (PCGHS Open)
10) Alias Hanafi a.k.a Capman (UniKL MSI Open)
11) Zul Suhaili Md Husain (Tamilar Sagar Open)
12) Muhd Hussain Jamil (Sukan Kerajaan Selangor)
13) Mohd Nabil Azman Hisham (Padang Jawa)
14) Teh De Juan (KL Young Talent)
15) Ruzenan Abu Bakar (Aizek Open)
16) Muhammad Arshad (Dungun Open)

Semasa CBS menjejak juara-juara rapid, CBS juga terjejak Juara Blitz Jalan Bayam.CBS tidak pasti berapa banyak lagi kejohanan Blitz di luar sana yang di laporkan secara rasmi, memandangkan Juara Blitz juga seharusnya diberi perhatian kerana di luar negara, banyak juga kejohanan-kejohanan blitz di langsungkan. Walaubagaimanapun ada sesetengah pemain catur berpendapat, bermain blitz boleh merosakkan permainan catur dan merosakkan jam?? Tak apa, itu pendapat masing-masing, ada sesetengah percaya sebagai persediaan ketika time trouble pada pertandingan sebenar. Syabas kepada Ghazali (atau lebih mesra dengan panggilan Abe Li) dan Marzuki kerana pernah memenangi kejohanan Blitz Jalan Bayam. Mungkin selepas ini CBS akan jejak Juara Blitz pula di laman web yang lain.

Friday, August 14, 2009

CBS nak mohon maaf atas entry doa H1N1 sebelum ini

CBS sebenarnya tak arif sangat, bila orang forward, CBS forward, jadi dikesempatan ini CBS mohon maaf dengan anda semua dan mohon keampunan dari Ilahi kerana mungkin juga CBS tergolong dalam salah seorang yang menyebarkan doa palsu yang disahkan oleh JAIS sendiri. Walaubagaimanapun, berdoalah dengan apa bahasa sekalipun supaya Allah sentiasa melindungi kita semua dari wabak H1N1.

petikan dari utusan malaysia (CBS tak delete doa pada entry sebelum ini moga-moga kalian boleh merujuk bentuk risalah tersebut sebagai peringatan tidak terpedaya)

13/08/2009 3:05pm

SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. - Utusan

WALLAHUALAM.