Tuesday, August 11, 2009

Jejak Juara 3 : Abdullah Che Hassan terlalu kuat di Kuantan dan Johor


Bermain di Kuantan Open (di Kuantan, Pahang) dan Tebrau Open (di Plaza Pelangi, Johor) hanya dalam satu hujung minggu baru-baru ini (8 dan 9 Ogos), Abdullah Che Hassan terlalu kuat untuk ditewaskan kerana tidak mencicirkan satu mata pun pada dua kejohanan yang disertainya di Kuantan dan Johor (memakan masa 5 jam naik bas..dan kepenatan tidak dihiraukan beliau).

CBS ingin mengucapkan syabas kepada Abdullah Che Hassan. Kalau ini ditakrifkan sebagai hebat, beliau memang hebat kerana menjadi JUARA dan bukan sekadar ingin berpuas hati dengan TOP 10 semata-mata.

No comments:

Post a Comment