Sunday, August 30, 2009

TAHNIAH KEPADA PEMENANG DATMO 2009


CBS ingin mengucapkan tahmiah kepada pemenang DATMO 2009, GM Negi Parimarjan (gambar atas: diambil dari chessbase.com) dan Samson Lim Jr bagi kategori Ambank Challenge.

CBS difahamkan juga (dari unofficial statement from some chess blog) bahawa Mok Tze Meng bakal menjadi pemain bertaraf IM. Tidak kurang hebatnya peserta Malaysis lain yang berani bertempur dalam kategori yang kuat bersama-sama kalangan GM.

Untuk Jax Tham dan Nor Ilhamudin, tahniah juga kerana menempatkan nama dalam kelompok terbaik Ambank Challenge.

Pada yang sudah meramal jadi pemenang atau juara, tapi tak berjaya, boleh cuba lagi tahun depan sampai juara...jangan jadikan H1N1 sebagai alasan kegagalan kali ini....

Friday, August 21, 2009

Salam ramadhan untuk pengunjung blog CBS..

wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian…adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai…
sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu…
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil…
menangisi kecurangan janji

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih…berqiamullail…bertahajjud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih

“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi…aku juga
tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

oleh itu duhai Ilahi…
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Wednesday, August 19, 2009

KL'09: Malaysia raih empat emas dari catur hari ini


Nurfeiqah (gambar dari utusan malaysia)

Petikan dari mstar online

KUALA LUMPUR: Skuad catur paralimpik negara berjaya memenangi empat pingat emas pada acara catur Sukan Para Asean kelima (KL'09) yang berlangsung di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, di sini hari ini.

Pemain harapan Nur Feiqah Maulud Mohd Halil menepati ramalan apabila berjaya mengulangi kejayaan di Korat, Thailand pada 2008 selepas memenangi dua pingat emas bagi kategori individu wanita B2/B3 (rabun) dan kumpulan wanita B2/B3 bersama Norain Fatihah Mohd Yusoff dan Athirah Azman.

Beliau berjaya memperolehi pingat emas bagi acara individu wanita B2/B3 selepas memenangi lima daripada enam pusingan perlawanan tersebut.

Nur Feiqah berkata beliau akan terus berusaha meningkatkan kemahiran dan penguasaan catur dari semasa ke semasa agar terus kekal sebagai juara peringkat Asean.

"Kalau boleh selepas ini saya ingin lebih mendalami ilmu sukan catur menerusi pembacaan agar tidak ketinggalan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Nur Feiqah berkata walaupun berjaya mencapai sasaran, perjuangannya untuk memburu pingat emas bagi acara berikutnya masih belum selesai.

"Sasaran individu saya adalah untuk memperolehi dua lagi pingat emas bagi kategori individu terbuka wanita (B1,B2,B3) dan kumpulan terbuka wanita (B1,B2,B3) yang akan bermula esok," katanya.

Ketua jurulatih skuad catur paralimpik negara Abdul Latif Mohammad berkata dengan kejayaan hari ini, misi skuad catur paralimpik negara untuk memburu enam pingat emas kini semakin menghampiri sasaran.

Sementara itu pingat emas ketiga bagi Malaysia disumbang oleh atlet veteran Choo Min Wang, 69, bagi kategori individu lelaki B2/B3.

Satu lagi pingat emas Malaysia dikutip menerusi acara berpasukan wanita kategori PH (kecacatan fizikal) yang dibarisi oleh Intan Juliana Jamal Abidin, Aqilah Syahira Ahmad dan Tham Siew Foong. BERNAMA

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA SEMUA...ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA..TAHNIAH JUGA KEPADA JURULATIH-JURULATIH YANG BERTUNGKUS LUMUS MEMASTIKAN KEJAYAAN LEBIH BAIK TAHUN INI...

cbs dapat bayangkan kalaulah seorang jurulatih tu terlibat kali ini sudah tentu terpampang di shoutbox-shoutbox blog catur tanahair tentang kehebatannya menjadi jurulatih..padahal pemain pun penat jugak main..mungkin salah satu sebab beliau tidak tersenarai lagi sebagai jurulatih kali ini.

Why chewing gum ban in Singapore

Ini sumber dari wikipedia

The chewing gum ban in Singapore was enacted in 1992 and revised in 2004. It bans the import and sale of chewing gum in Singapore. Since 2004, only chewing gum of therapeutic value is allowed into Singapore following the United States-Singapore Free Trade Agreement (USS-FTA). However, since 2008, gum is legalized completely.

This law was created because people disposed of gum incorrectly by sticking them under places like chairs or tables. Incorrect disposal of gum led to this law banning gum. Chewing gum is banned in Singapore under the "Regulation of Imports and Exports (Chewing Gum) Regulations." Except for chewing gum of therapeutic value, the "importing" of chewing gum into Singapore is absolutely banned, as in bringing it in large amounts. The import of flapjack is allowed, provided it is not overly chewy.

A common misconception among citizens is that personal use of chewing gum is allowed into Singapore. However, according to the set of Regulations, "importing" means to "bring or cause to be brought into Singapore by land, water or air from any place which is outside Singapore ..." any goods, even if they are not for purposes of trade. The set of Regulations also does not make any provisions for personal use of quantities to be brought into Singapore. Therefore, bringing chewing gum into Singapore, even small quantities for whatever purpose, is technically prohibited.

DAN INI PULA SUMBER2 YANG BELUM TENTU KESAHIHANNYA...penulis hanya dapat dari forwarded email..

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand , dia makan malam dengan raja Siam .

Mula-mula diorang makan udang.
PM Singapore : lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang?
Raja Siam : kami tak buat apa.kami buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand

Lepas tu diorang makan limau plak.
PM Singapore : Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?
Raja Siam : kami tak buat apa,kami buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore , kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand

Last sekali, diorang makan chewing gum,
PM Singapore : Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?
Raja Siam : Kami tak buat apa, kami! buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore , lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand
Raja Siam : apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?
PM Singapore : kami tak buat apa, kami buang aje.
Raja Siam : ooo kat Thailand , lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore .

Wallahualam. Sekadar hiburan ajer....


Tuesday, August 18, 2009

Penganjuran kejohanan catur ketika H1N1: Wajarkah?

Dakwaan seorang penggiat catur di Malaysia baru-baru ini sebenarnya lebih mencerminkan ketidak profesional bagi seorang pemain catur.

Di saat penularan H1N1 yang semakin membimbangkan, langkah sesetengah penganjur membatalkan kejohanan di saat-saat akhir boleh dikatakan langkah terbaik seperti di dungun terengganu sebelum ini. TETAPI, janganlah pula mengenakan dakwaan seperti berikut, di mana penganjur hanya nak cari income, atau nak menunjuk kepada semua orang mereka mampu anjur kejohanan catur. jika kejohanan diteruskan. Itu sudah tidak profesional. Kalau beliau peka, masakan sanggup turun ke hujung pantai timur dan meneruskan juga aktiiviti untuk duit poket beliau (bak kata pepatah, seperti meludah ke langit jatuh pelepap ke muka sendiri).Malah meneruskan kejohanan lebih bermaruah dari menyusahkan hidup player2 yang dah lama bersedia. Soal suka buat kejohanan tidak timbul disini kerana acara tahunan yang dirancang selalunya sudah lama bersedia.

Perlu diingat, seperti kejohanan Malaysian Master, Merdeka Tournament yang menjadi acara tahunan dan boleh juga menjana pendapatan negara, pembatalan tidak seharusnya di buat, tetapi diteruskan dengan beberapa langkah pencegahan seperti pakai topeng (kalau boleh pihak penganjur menyediakan topeng untuk setiap pemain seperti di Kuantan baru-baru ini), tidak bersalam (jika meragukan sebelum permainan) dan paling penting kepada TOP-TOP player yang merasakan boleh mendapat tempat TOP 7, TOP 10 dan sebagainya walaupun pada kejohanan-kejohanan kecil (kejohanan besar selalunya TOP 50), janganlah sibuk2 nak kejar kemenangan kalau ada simpton2 H1N1 demi kebaikan pemain lain. Begitu juga pemain2 lain yang merasakan diri mereka tidak sihat,tak payah datang. So yang nak main, dipersilakan, yang tak nak main jangan buat tuduhan tak berasas atau merendahkan orang lain..(rujuk artikel virus S0M8oNG sebelum ini)

Jadi CBS ingin menegaskan, kalau dah lama merancang, penganjuran masih perlu diteruskan dan langkah2 pencegahan perlu diambil berat tetapi pembatalan mungkin merugikan pemain2 luar yang sudah semestinya sudah membeli tiket perjalanan untuk ke Malaysia dan kos tiket mereka terlalu tinggi.

Mungkin juga penggiat catur yang mendakwa kenyataan di atas, sudah terbiasa atau menjadi amalan beliau membatalkan, menunda dan sebagainya tanpa memikirkan kesusahan orang lain (amalan ini bukan pun disebabkan H1N1, tetapi dah jadi koleksi hobinya). Dan akhir-akhir ini banyak aktiviti beliau tidak mendapat sambutan mungkin disebabkan H1N1 (ada alasan kukuh walaupun tidak dapat ditentukan punca sebenar). Yang merancang nak buat kejohanan, bolehlah memikirkan, tetapi yang dah rancang harap teruskan, lagipun dengan langkah2 pencegahan, moga-moga semua berjalan lancar. Ingat, bukan di dewan pertandingan catur sahaja berisiko malah di mana-mana...di shopping kompleks, di sekolah, di tempat kerja dan sbgnya, jadi tak perlu buat alasan.

Wallahualam.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.

Saturday, August 15, 2009

JEJAK JUARA 4 : PEMAIN BERTARAF IM, FM, NM JUGA TIDAK KETINGGALAN

Untuk siri jejak juara 4 ini, memandangkan CBS mempunyai sedikit masa, hampir lebih 10 orang juara dapat dijejak. CBS ingin mengambil kesempatan bagi kredit kepada blog-blog catur berikut kerana menjadi sumber utama CBS dalam menjejak juara rapid 2009. Blog-blog tersebut adalah blog Catur Terengganu, Capman, SyedChess, Badbishops dan semestinya blog otai catur tanahair Gilachess. Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah diambil daripada blog-blog yang disenaraikan tersebut.


Senarai juara-juara yang berjaya CBS jejak adalah:

1) Sulaiman Johari (1st Silent Knight Open)
2) IM Mas Hafizul Helmi (SMACH Open)
3) NM Evan Timothy (Gula Perlis)
4) Tan Khai Boon (Perlis Open)
5) Zarul Syafiq Zulkafli (CNY Open)
6) Ooi Li Tao (Kedah Open)
7) Amri Ibni Hajar (Rapid Kedah/Perlis)
8) NM Ronnie Lim Chuin Hoong (CLHS Open)
9) FM Nicholas Chan (PCGHS Open)
10) Alias Hanafi a.k.a Capman (UniKL MSI Open)
11) Zul Suhaili Md Husain (Tamilar Sagar Open)
12) Muhd Hussain Jamil (Sukan Kerajaan Selangor)
13) Mohd Nabil Azman Hisham (Padang Jawa)
14) Teh De Juan (KL Young Talent)
15) Ruzenan Abu Bakar (Aizek Open)
16) Muhammad Arshad (Dungun Open)

Semasa CBS menjejak juara-juara rapid, CBS juga terjejak Juara Blitz Jalan Bayam.CBS tidak pasti berapa banyak lagi kejohanan Blitz di luar sana yang di laporkan secara rasmi, memandangkan Juara Blitz juga seharusnya diberi perhatian kerana di luar negara, banyak juga kejohanan-kejohanan blitz di langsungkan. Walaubagaimanapun ada sesetengah pemain catur berpendapat, bermain blitz boleh merosakkan permainan catur dan merosakkan jam?? Tak apa, itu pendapat masing-masing, ada sesetengah percaya sebagai persediaan ketika time trouble pada pertandingan sebenar. Syabas kepada Ghazali (atau lebih mesra dengan panggilan Abe Li) dan Marzuki kerana pernah memenangi kejohanan Blitz Jalan Bayam. Mungkin selepas ini CBS akan jejak Juara Blitz pula di laman web yang lain.

Friday, August 14, 2009

CBS nak mohon maaf atas entry doa H1N1 sebelum ini

CBS sebenarnya tak arif sangat, bila orang forward, CBS forward, jadi dikesempatan ini CBS mohon maaf dengan anda semua dan mohon keampunan dari Ilahi kerana mungkin juga CBS tergolong dalam salah seorang yang menyebarkan doa palsu yang disahkan oleh JAIS sendiri. Walaubagaimanapun, berdoalah dengan apa bahasa sekalipun supaya Allah sentiasa melindungi kita semua dari wabak H1N1.

petikan dari utusan malaysia (CBS tak delete doa pada entry sebelum ini moga-moga kalian boleh merujuk bentuk risalah tersebut sebagai peringatan tidak terpedaya)

13/08/2009 3:05pm

SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. - Utusan

WALLAHUALAM.

Thursday, August 13, 2009

VIRUS B1N1 DAN L4K1+ S0M80NG - Cegah sebelum parah!

Cegah sebelum parah!

Sekadar buat peringatan diri sendiri dan mungkin juga kepada pengunjung blog ini.....

"Terdapat perkembangan satu virus yang boleh membunuh bahkan lebih hebat daripada H1N1. Virus ini dijangkiti kebanyakannya oleh lelaki yang telah berkahwin menyebabkan pergerakan terhad, ketidaklancaran pertuturan, stress yang ekstrim, tekanan darah tinggi, keadaan tegang yang tidak terkawal. Sukar untuk sembuh dan berkemungkinan terus kekal dengan mangsa selama-lamanya. Ianya dikenali sebagai…virus B1N1 and L4K1"


Virus ini pula tidak kurang bahayanya...Virus S0M80NG....Pakai TOPENG pun tak leh nak sembunyi muka tuh!

S0M80NG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka. (senario 1 - selalu menunjuk-nunjuk bila menang sesuatu pertandingan, padahal menang pun bukannya juara)

Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.
Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.

Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman. Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :

* Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. (Senario 2 - Seorang tenaga pengajar yang berasa terlalu hebat sehingga pandangan orang pun tak nak terima hingga sanggup tayangkan duit hasil tenaga yang digunakannya tak seberapa)

Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia. (Senario 3 - Silap sikit mulalah nak report ke pihak atasan, saman sana saman sini, tapi empunya diri tak ade sedikit rasa bersalah dan nak bermuhasabah diri!)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

* Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”

Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.

* Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.

* Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk. (Senario 4 - Selalu perasan hensem atau lawa..huhuhu, walhal di mata sendiri ajer)

* Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada. (Senario 5 - bila dah banyak duit, mulalah lupa kewujudan rakan-rakan sekeliling)

* Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.

* Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api. (Senario 6 - ramai betul anak murid....)

Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

NAUZUBILLAH....Ya Allah, jauhkan aku, keluarga dan rakan-rakanku dari VIRUS INI!

Wednesday, August 12, 2009

WHY SCIENCE FAILS TO EXPLAIN GOD

At an educational institution: Professing to be wise, they became fools .... "LET ME EXPLAIN THE problem science has with God."
The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand. "You're a Muslim, aren't you, son?"
"Yes, sir."
"So you believe in God?"
"Absolutely."
"Is God good?"
"Sure! God's good."
"Is God all-powerful? Can God do anything?"
"Yes."

The professor grins knowingly and considers for a moment.

"Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and you can cure him. You can do it. Would you help them? Would you try?"
"Yes sir, I would."
"So you're good...!"
"I wouldn't say that."
"Why not say that? You would help a sick and maimed person if you could in fact most of us would if we could... God doesn't."
[No answer]

"He doesn't, does he? My brother was a Muslim who died of cancer even though he prayed to God to heal him. How is this God good? Hmmm? Can you answer that one?"
[No answer]

The elderly man is sympathetic. "No, you can't, can you?" He takes a sip of water from a glass on his desk to give the student time to relax. In philosophy, you have to go easy with the new ones. Let's start again, young fella."

"Is God good?"
"Er... Yes."
"Is Satan good?"
"No."
"Where does Satan come from?" The student falters.
"From... God..."
"That's right. God made Satan, didn't he?" The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking, student audience.
"I think we're going to have a lot of fun this semester, ladies and gentlemen."

He turns back to the Muslim. "Tell me, son. Is there evil in this world?"

"Yes, sir."
"Evil's everywhere, isn't it? Did God make everything?"
"Yes."
"Who created evil?"
[No answer]
"Is there sickness in this world? Immorality? Hatred? Ugliness? All the terrible things - do they exist in this world?"
The student squirms on his feet. "Yes."
"Who created them? "
[No answer]

The professor suddenly shouts at his student.

"WHO CREATED THEM? TELL ME, PLEASE!"

The professor closes in for the kill and climbs into the Muslim's face. In a still small voice: "God created all evil, didn't He, son?"
[No answer]
The student tries to hold the steady, experienced gaze and fails. Suddenly the lecturer breaks away to pace the front of the classroom like an aging panther. The class is mesmerised.

"Tell me," he continues,"How is it that this God is good if He created all evil throughout all time?" The professor swishes his arms around to encompass the wickedness of the world. "All the hatred, the brutality, all the pain, all the torture, all the death and ugliness and all the suffering created by this good God is all over the world, isn't it, young man?"
[No answer]

"Don't you see it all over the place? Huh?"
Pause.
"Don't you?"

The professor leans into the student's face again and whispers, Is God good?"
[No answer]
"Do you believe in God, son?"

The student's voice betrays him and cracks.
"Yes, professor. I do." The old man shakes his head sadly. "Science says you have five senses you use to identify and observe the world around you. You have never seen God, Have you?

"No, sir. I've never seen Him."
"Then tell us if you've ever heard your God?"
"No, sir. I have not."
"Have you ever felt your God, tasted your God or smelt your God... in fact, do you have any sensory perception of your God whatsoever?"
[No answer]
"Answer me, please."
"No, sir, I'm afraid I haven't."
"You're AFRAID... you haven't?"
"No, sir."
"Yet you still believe in him?"
"... yes..."

"That takes FAITH!" The professor smiles sagely at the underling. According to the rules of empirical, testable, demonstrable protocol, science says your God doesn't exist. What do you say to that, son? Where is your God now?"
[The student doesn't answer]

"Sit down, please." The Muslim sits... Defeated.
Another Muslim raises his hand. "Professor, may I address theclass?"
The professor turns and smiles. "Ah, another Muslim in the vanguard! Come, come, young man. Speak some proper wisdom to the gathering."
The Muslim looks around the room. "Some interesting points you are making, sir. Now I've got a question for you.

"Is there such thing as heat?"
Yes, the professor replies. "There's heat."
"Is there such a thing as cold?"
"Yes, son, there's cold too."
"No, sir, there isn't."

The professor's grin freezes. The room suddenly goes very cold. The second Muslim continues. You can have lots of heat, even more heat, super-heat, mega-heat, white heat, a little heat or no heat but we don't have anything called 'cold'.We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold, otherwise we would be able to go colder than 458 - - You see, sir, cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold.

"Heat we can measure in thermal units because heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it."
Silence. A pin drops somewhere in the classroom.
"Is there such a thing as darkness, professor?"
"That's a dumb question, son. What is night if it isn't darkness? What are you getting at...?
"So you say there is such a thing as darkness?"
"Yes..."
"You're wrong again, sir. Darkness is not something, it is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light but if you have no light constantly you have nothing and it's called darkness, isn't it? That's the meaning we use to define the word. In reality, Darkness isn't. If it were, you would be able to make darkness darker and give me a jar of it. Can you... give me a jar of darker darkness, professor?" Despite himself, the professor smiles at the young effrontery before him. This will indeed be a good semester.
"Would you mind telling us what your point is, young man?"
"Yes, professor. My point is, your philosophical premise is flawed to start with and so your conclusion must be in error...."
"The professor goes toxic. "Flawed...? How dare you...!"
"Sir, may I explain what I mean?"

The class is all ears.
"Explain... oh, explain..." The professor makes an admirable effort to regain control. Suddenly he is affability itself. He waves his hand to silence the class, for the student to continue.

"You are working on the premise of duality," the Muslim explains. That for example there is life and then there's death; a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science cannot even explain a thought. It uses electricity and magnetism but has never seen, much less fully understood them. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.
"Death is not the opposite of life, merely the absence of it." The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbour who has been reading it.
"Here is one of the most disgusting tabloids this country hosts, professor. Is there such a thing as immorality?"
"Of course there is, now look..."
"Wrong again, sir. You see, immorality is merely the absence of morality. Is there such thing as injustice? No."
Injustice is the absence of justice. Is there such a thing as evil?" The Muslim pauses.
"Isn't evil the absence of good?"
The professor's face has turned an alarming colour. He is so angry he is temporarily speechless.

The Muslim continues. "If there is evil in the world, professor, and we all agree there is, then God, if he exists, must be accomplishing a work through the agency of evil. What is that work, God is accomplishing? Islam tells us it is to see if each one of us will, choose good over evil."

The professor bridles. "As a philosophical scientist, I don't vie this matter as having anything to do with any choice; as a realist, I absolutely do not recognize the concept of God or any other theological factor as being part of the world equation because God is not observable."

"I would have thought that the absence of God's moral code in this world is probably one of the most observable phenomena going," the Muslim replies.
"Newspapers make billions of dollars reporting it every week! Tell me, professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?"
"If you are referring to the natural evolutionary process, youngman, yes, of course I do."
"Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?"
The professor makes a sucking sound with his teeth and gives his student a silent, stony stare.
"Professor. Since no-one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you now not a scientist, but a priest?"
"I will overlook your impudence in the light of our philosophical discussion. Now, have you quite finished?" the professor hisses.

"So you don't accept God's moral code to do what is righteous?"
"I believe in what is - that's science!"
"Ahh! SCIENCE!" the student's face splits into a grin.
"Sir, you rightly state that science is the study of observed phenomena. Science too is a premise which is flawed..."

"SCIENCE IS FLAWED..?" the professor splutters. The class is in uproar. The Muslim remains standing until the commotion has subsided.
"To continue the point you were making earlier to the other student, may I give you an example of what I mean?"

The professor wisely keeps silent. The Muslim looks around the room.
"Is there anyone in the class who has ever seen air, Oxygen, molecules, atoms, the professor's brain?"
The class breaks out in laughter. The Muslim points towards his elderly, crumbling tutor.
Is there anyone here who has ever heard the professor's brain... felt the professor's brain, touched or smelt the professor's brain?"

No one appears to have done so. The Muslim shakes his head sadly. It appears no-one here has had any sensory perception of the professor's brain whatsoever. Well, according to the rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science, I DECLARE that the professor has no brain."

NOW IT IS EVERYONE'S CHANCE TO LEARN MORE ABOUT ISLAM, ABOUT GOD, ABOUT THE PURPOSE OF Existence, creation & life, ABOUT THE PROPHETS OF GOD, & ABOUT HIS HOLY BOOKS, ESPECIALLY THE HOLY QUR'AAN. THEN IT IS YOUR CHOICE TO BECOME A MUSLIM, OR NOT. ALLAH SAYS IN THE HOLY: "THERE IS NO COMPULSION IN RELIGION "

There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; And he who rejects false deities and believes in Allaah(The God) has grasped a firm handhold which will never break. and Allaah is ALL-Hearing, All-Knowing(256)

Allah is the Protecting Guardian of those who believe. He brings them out of the darkness into the light; As for those who disbelieve, their guardians are false deities. They bring them out of light into darkness...(257)" AL-QUR'AAN (CHAPTER 2, VERSES 256-257). They are much nicer and more sound in Arabic)

The Muslim sits... Because that is what a chair is for!!!

Tuesday, August 11, 2009

Jejak Juara 3 : Abdullah Che Hassan terlalu kuat di Kuantan dan Johor


Bermain di Kuantan Open (di Kuantan, Pahang) dan Tebrau Open (di Plaza Pelangi, Johor) hanya dalam satu hujung minggu baru-baru ini (8 dan 9 Ogos), Abdullah Che Hassan terlalu kuat untuk ditewaskan kerana tidak mencicirkan satu mata pun pada dua kejohanan yang disertainya di Kuantan dan Johor (memakan masa 5 jam naik bas..dan kepenatan tidak dihiraukan beliau).

CBS ingin mengucapkan syabas kepada Abdullah Che Hassan. Kalau ini ditakrifkan sebagai hebat, beliau memang hebat kerana menjadi JUARA dan bukan sekadar ingin berpuas hati dengan TOP 10 semata-mata.

Friday, August 7, 2009

Doa Pelindung H1N1


Doa 1


Doa 2

Assalamualaikum, di sebalik kita peka dengan cara-cara bagaimana boleh mengurangkan risiko dijangkiti virus H1N1, adalah molek dengan segala usaha mencegah tadi kita tambah dengan doa kepada yang Maha Esa.

Dua doa ini sebenarnya yang CBS dapat dari forwarded email yang CBS terima. Sama-samalah kita berkongsi dan berusaha mengamalkannya. Hanya Allah yang Maha mengetahui dan kepadaNya kita memohon perlindungan. Klik pada kedua-dua image untuk lebih jelas.

Tuesday, August 4, 2009

SEGMEN JEJAK JUARA RAPID 2009 - PART 2



Jejak juara bersambung lagi, kali ini kita dapat melihat Juara UTP (Konvo Fair 2009) iaitu Sumant Subramaniam (gambar di sebelah kiri dari Syedchess).

Ian udani pula adalah juara bagi Dun Seri Andalas Open 2009. (gambar disebelah kanan dari Gilachess).

Sementara itu NM Zarul Syazwan merupakan juara bagi De Laguna Park, Port Klang (gambar bawah sumber dari Gilachess)...


Bersambung lagi siri jejak juara rapid...nak makan tengahari dulu kerana Catur Bukan Segalanya!!!

SEGMEN JEJAK JUARA RAPID 2009 - PART 1


Kali ini CBS akan cuba menjejak juara kejohanan catur RAPID sepanjang tahun 2009 dari blog-blog lain. CBS sebenarnya sudah lama terfikir untuk mengadakan satu kejohanan tahunan di kalangan Juara-juara Kejohanan Rapid Kebangsaan sepanjang tahun. Ini adalah perlu bagi memastikan semangat pencinta dan kesungguhan pemain catur berusaha untuk mencapai juara bagi sesuatu kejohanan yang diceburi. Mungkin juga kejohanan tahunan yang mengumpulkan Juara-juara dari sirkit kejohanan rapid kebangsaan boleh dijadikan FIDE rated tournament supaya lahir lebih banyak pemain-pemain rated di Malaysia.

Pengumpulan Juara-juara dalam suatu kejohanan besar tahunan sudah tentu dapat menarik minat pencatur tanah air. Insya Allah kalau CBS berpeluang, CBS mahu taja sedikit, tetapi CBS tidak mahu menjanjikan apa-apa buat masa sekarang.

Untuk entry hari ini, saya masukkan dahulu Dua Juara pada kejohanan baru-baru ini, iaitu Norazmi Mohd Nor (gambar atas sumber dari Gilocatur) (Juara Temerloh Open 2009-1 dan 2 Ogos 2009) dan Bakri Jusoh (gambar bawah sumber dari Badbishops) (Juara Mara Closed 2009-1 Ogos 2009).


Jika kita kumpulkan juara-juara ini, sudah tentu satu kejohanan menarik akan dapat kita saksikan.. Ini hanyalah impian CBS akan datang, insyaAllah CBS akan cuba bantu mana yang perlu demi melihat perkembangan catur tanahair di Malaysia.

Bersambung dengan jejak juara seterusnya....





NOTA : Juara-juara yang dijejak berkemungkinan telah menjuarai beberapa kejohanan, tetapi CBS hanya akan paparkan satu kejohanan sahaja kerana juara tetap juara.


JIKA JUARA YANG SAYA PAPARKAN ADALAH TERSILAP, HARAP BETULKAN SAYA.


Monday, August 3, 2009

Catur dan Virus H1N1: Langkah perlu diambil


Virus H1N1 semakin hari semakin parah, sudah terdapat kes kematian di negara kita. Mencegah lebih baik daripada merawat, sama-samalah kita mencegah.. Dalam pertandingan catur, selalunya pada permulaan permainan kita akan bersalam salaman dulu, jadi berhati-hatilah, jika rasa ragu-ragu, anda boleh basuh tangan anda..atau tidak perlu bersalam, arbiter sepatutnya boleh menerangkan polisi tidak bersalam ini demi kesihatan pemain..dan paling penting setiap pemain sebelum bermain catur di kejohanan2 besar, cucilah dahulu tangan anda supaya sekurang-kurangnya tidak menyebarkan penyakit kepada orang lain..cari penutup mulut dan hidung juga satu langkah yang bijak kerana kedua2 pemain duduk dalam jarak dekat.

Paling penting, kalau anda di syaki dijangkiti dengan virus ini, tak payahlah main, walaupun anda rasa anda boleh dapat TOP 10 di Malaysia (walaupun anda jaguh kampung)...kuarantin ikut arahan doktor, sekurang-kurangnya anda tidak menyusahkan pemain-pemain lain.

Ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan, tambahan pula penyebaran virus ini semakin membimbangkan.


Dipetik dari Utusan Malaysia, ruangan bicara agama.
Soalan

Islam telah mengharamkan umatnya daripada memakan daging babi, apakah falsafahnya dan bagaimana ia boleh dikongsi dengan orang lain?

Jawapan


Sejak manusia pertama dijadikan sudah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Falsafahnya Allah SWT sukakan yang baik dan menyuruh manusia pilih yang baik. Oleh yang demikian Allah SWT melarang umat manusia daripada memakan perkara yang boleh mengundang mudarat kepada jiwa dan raga.

Setiap suatu yang ditegah daripada memakannya pasti ada sebab musababnya. Allah SWT tidak menjadi suatu itu haram, melainkan ada mudaratnya dan menjadikan sesuatu itu halal pasti ada manfaatnya.

Wabak yang sedang hebat menular dan berjangkit tanpa memberitahu kepada mangsa. Influenza A (H1N1) yang menjadi pembunuh senyap yang memulakan operasinya di Mexico kini sudah sampai ke negara jiran, Thailand.

Sebelum ini masyarakat Malaysia hanya menatap dan membaca serta mendengar mengenai virus ini di samping meluahkan rasa simpati kepada mangsa. Itu dua minggu lepas tetapi hari ini sudah berada tidak jauh dari rumah kita (Malaysia).

Seperti mana yang difahamkan oleh para saintis dan pakar-pakar perubatan bahawa virus ini merebak melalui udara, tidak semestinya di kampung kita ada babi baru boleh kena. Babi tak ada pun boleh kena, ini kerana udara yang membawanya.

Virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Persoalannya bagaimana manusia dijangkiti virus ini?

Jawapannya, manusia selalunya dijangkiti Influenza A (H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini.

Namun ada juga kes yang dicatatkan di mana manusia yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan babi atau tiada kaitan dengan persekitarannya. Virus ini juga boleh berjangkit melalui manusia. Kalau begitu keadaannya, penyakit ini sudah ada vaksinnya? Jawapannya, setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini.

Islam mempunyai penyelesaiannya, Allah SWT yang menjadikan manusia dan yang menjadikan selain manusia telah mengharamkan secara qatie (pasti) bahawa daging babi tidak boleh dimakan.

Firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).

Ulasan Sayyid Qutub menarik minat saya untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.

Cacing yang sangat berbahaya

“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).

Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.

Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir, Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.

Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.

Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.

Secara peribadi, CBS merasakan penundaan Dungun Open oleh kerana H1N1 adalah langkah yang bijak untuk mengatasi masalah H1N1, cuma CBS tak mahu ada sesetengah penganjur akan guna alasan sama untuk mengelakkan kecaman ke atas dirinya, kerana akhir-akhir ini banyak penganjur yang cakap tak serupa bikin dan lebih mementingkan diri sendiri daripada para pemain yang sudah lama membuat persediaan untuk kejohanan atau kursus yang bakal dijalankan..